KISAH-KISAH TELADAN  

Posted by TuN'z

Terpedaya dengan iblis laknatullah

Diriwayatkan oleh Ikramah bhw dulu terdapat seorang hamba Allah yang suka membanteras kemungkaran umat manusia. Pada suatu hari dia ternampak seorang manusia menyembah pokok. Oleh itu, dia sangat marah dan mengambil sebilah kapak untuk menebang pokok itu dengan harapan supaya orang tersebut tidak menyembahnya lagi.

Di tgh perjalanan iblis telah menghalang dengan menyerupai manusia dan bertanya,"kamu hendak ke mana"?. "Aku hendak menebang pokok sembahan orang itu.Aku berjanji dengan Allah aku akan menebang pokok itu".

Oleh kerana iblis (rupa manusia) tidak menghalangnya dari menebang pokok itu maka berlakulah perkelahian antara mereka berdua. Setiap kali bertarung, iblis dapat ditewaskan. Pertarungan itu berterusan
sehingga pada kali ke-3 pun iblis kalah. Justeru it, iblis tahu dia tidak akan menang melainkan dengan tipu daya.

Kemudian iblis berkata," wahai orang yang beriman kepada Allah, daripada kamu bersungguh-sungguh untuk menebang pokok itu lebih baik kamu pulang dan aku berjanji akan memberi kepada kamu 4 dirham dan aku akan letakkan di bawah bantal kamu setiap hari".

Mendengar kata-kata iblis durjana itu lalu dia berkata: "Betul apa yang kamu perkatakan itu?" soal hamba Allah tersebut.

Lalu iblis bersuara: "Betul apa yang aku perkatakan". Dengan itu, dia membatalkan niat sucinya untuk menebang pokok tersebut dan terus pulang ke rumahnya.

Pada keesokan harinya apabila dia terjaga daripada tidur, lelaki tersebut melihat di bawah bantalnya terdapat 4 dirham sebagaimana yang dijanjikan oleh iblis itu. Begitulah pada hari ke-2. Namun pada hari yang ke-3 apabila dia bangun daripada tidur, dia terus melihat di bawah bantalnya, akan tetapi wang yang dijanjikan sudah tidak ada lagi.

Dengan hati yang sangat hama dan sangat marah, dia mengambil semula kapaknya semula dan menuju ke tempat yang menjadi sembahan orang itu. Di tengah perjalanan, dia bertemu dengan iblis itu semula. Lantas iblis bertanya : "Kamu hendak ke mana dengan muka merah padam ini? Iblis bertanya sambil tersenyum". "Aku ke sini untuk menebang pokok sembahan orang itu dan aku sangat kecewa kerana engkau telah mengingkari janji".cKata lelaki itu dengan penuh semangat dan sangat marah.

Pada kali ini, pertarungan aktara keduanya dimenangi oleh iblis. Lama kelamaan lelaki itu keletihan dan kalah dengan iblis. Dia kecewa. Lantas dia bertanya kepada iblis: "Kenapa kali ini kamu dapat menewaskan aku, padahal dulu aku dapat tewaskan kamu dengan mudah?".

Berkatalah iblis dengan sombong dan angkuh: "Ketahuilah bahawa aku adalah musuh Allah dan aku adalah makhluk yang menyeru kepada kejahatan dan kemungkaran. Jadi aku berusaha mencari jalan untuk menyesatkan manusia sehingga hari kiamat. Dahulu kamu datang ke sini untuk menebang pokok ini dengan niat kerana Allah untuk menghapuskan kemungkaran yang berlaku. Di kala jika ada penghuni langit dan bumi yang ingin menghalangmu berbuat demikian pasti mereka tidak akan dapat manghalangmu. Akan tetapi pada kali ini aku dapat menewaskan kamu kerana NIAT dan TUJUANmu sudah berubah. Tiada lagi keIKHLASan di dalam hatimu. Engkau datang ke sini kerana aku tidak menyediakan wang sebagaimana dijanjikan. Engkau datang bukan kerana Allah akan tetapi engkau marah kepada aku. Oleh sebab itu, lebih baik engkau pulang sahaja ke rumahmu sebelum aku patahkan leher kamu".

Lelaki tersebut sangat kecewa dan menyesal. lalu dia pulang semula ke rumahnya dengan sendam yang masih membara.

This entry was posted on Tuesday, April 22, 2008 at 3:08 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

1 comments

mujahidah solehah  

jangan sesekali terpedaya dgn tipu daya syaitan....moge dikuatkan iman n taqwa....amiin...syukran...

February 28, 2011 at 7:20 PM

Post a Comment