HADIS  

Posted by TuN'z

SEDEKAH

Seorang gadis datang menemui Rasulullah
dengan tangan kanannya disorokkan ke
dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya,
anak gadis ini sedang menanggung
kesakitan yang amat sangat. Lalu
Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu
menampakkan kamu sedang kesakitan dan
apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malanginipun menceritakan hal
yang berlaku padanya :- "Ya, Rasulullah,
sesungguhnya aku adalah anak yatim
piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan
mimpiku itu telah membuatkan aku
menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah
mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan
penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi
berjumpa ibuku di dalam neraka.
Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku
meminta diberikan air kerana dia amat
dahaga kerana kepanasan api neraka itu
hingga peluh tidak sempat keluar kerana
kekeringan sekelip mata."
Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
"Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada
seketul keju dan di tangan kanannya ada
sehelai tuala kecil. Beliau
mengibas-ngibaskan kedua-dua benda
tersebut untuk menghalang api dari
membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya
ibuku, kenapa dia menerima balasan
sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya
ibuku adalah seorang hamba yang patuh
dengan ajaran islam dan isteri yang taat
kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika
hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua
benda itu sahaja iaitu seketul keju dan
sehelai tuala kecil pernah disedekahkan
kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk
bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan
hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya
beliau berada di syurga dan sedang
menjamu penghuni syurga dengan makanan
yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana
sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.
Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai
ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung
azab di neraka. Tidakkah ayah ingin
membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat
ibu amat mentaatimu dan menurut perintah
agama"

Lalu dijawab oleh ayahnya. "Sesungguhnya
beliau dan semua penghuni syurga telah
dilarang oleh Allah dari memberi walau
setitik air kepada isterinya kerana itu
adalah pembalasan untuk kebakhilan yang
dilakukan ketika di dunia"

Oleh kerana kasihan melihat azab yang
diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk
sedikit air mengguna tapak tangan
kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir
ibuku, api neraka telah menyambar
tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan
mendapati tapak tanganku melecur teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa
engkau ya Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil
airmatanya tidak henti-henti mengalir di
pipi.

Rasulullah kemudian meletakkan
tongkatnya ke tapak tangan gadis
tersebut lalu menadah tangan, berdoa
memohon petunjuk dari Allah. Jika
sekiranya mimpi gadis tersebut adalah
benar maka disembuhkanlah agar menjadi
iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis
tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai
anakku, pulanglah... .Banyakkan
bersedekah dan berzikir dan pahalanya
kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan
segala dosanya terampun. INSYALLAH"

"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD
UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK
MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP
SESAMA MANUSIA...........

This entry was posted on Sunday, April 20, 2008 at 6:13 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment